Wednesday, 29 June 2011
Lynx
Lynx
Aktif bergerak pada waktu malam.Tergolong dalam order karnivor dan famili felidae.Panjang badan mencecah hingga 90 cm.Bersifat sangat agresif.Makanan utama ialah mamalia kecil seperti tikus sawah,arnab dan rusa.
Tuesday, 28 June 2011
Rubah Artik/Fox Arctic
Rubah Artik
Warna bulunya bertukar menjadi kelabu pada musim panas dan putih pada musim sejuk.Hidup di Siberia,Utara Eropah dan Alaska.
Anjing Rakun/Raccon Dog
Anjing Rakun
Tergolong di dalam order karnivor dan famili canidae.Bergerak pada waktu malam.Menangkap tikus sawah,ular dan katak serta buah.
Arnab Gunung/Moutain Rabbit
Arnab Gunung
Boleh dijumpai dari Siberia hingga Kutub Utara.Kebanyakannya hidup di dalam semak yang rapat,lekuk atau di bawah batu.Adakalanya arnab yang dapat menahan kesejukan akan terus tidur di atas tanah salji!
Monday, 27 June 2011
Harimau Siberia/Siberian Tiger
Harimau Siberia
Juga dipanggil harimau Timur Laut China.Harimau Siberia memiliki saiz badan terbesar dalam spesies harimau.Panjang harimau jantan boleh mencecah 2.7 hingga 3.3 meter manakala beratnya pula dari 180 hingga 360 kilogram.
Beruang Hitam Asia/Asian Black Bear
Beruang Hitam Asia
Beruang Hitam Asia yang ganas
Seluruh badan beruang hitam Asia ditumbuhi bulu hitam.Terdapat jalur putih berbentuk V di bahagian dadanya.Makanan utamanya ialah buah atau pucuk muda.Kemagaran beruang hitam Asia ialah biji getah.Pada musim sejjuk,beruang hitam melakukan hibernasi di dalam gua atau lubang pokok hingga penghunjung bulan Mac.Beruang hitam akan memanjat pokok semasa makan malah meninggalkan kesan cakaran kuku untuk menandakan wilayahnya.Jika terjumpa kesan cakaran pada pokok,kemungkinan besar beruang hitam ada di kawasan sekitar.
Sunday, 26 June 2011
Rusa Kutub/Deer
Rusa Kutub
Bulu di hujung hidung berfungsi mengekalkan suhu dan amat berguna untuk mencari makanan di atas salji.Majoriti rusa kutub hidup di Kanada, Siberia dan Pulau Sakhalin.
Wolf Warning
Lolongan Serigala
Lolongan serigala itu bagaikan amaran kepada pencoroboh kawasan mereka secepat mungkin.Serigala tidak ganas tapi bila mereka sudah menyasarkan mangsa,mereka akan dapatkan walau apa cara sekalipun.
Selera makan serigala juga besar.Kambing atau biri-biri habis dilahap sekali hadap saja.Tambahan pula serigala mampu ikat perut selama seminggu.Tiada masalah langsung pada serigala.
DAN TAK KIRA MALAM ATAU SIANG KALAU BUNYI TU DAH MEMANG KAWASAN DIA.
Subscribe to:
Posts (Atom)